KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat novel koronavirus di seluruh dunia meningkat kepada 400,000 susulan kenaikan kes di Brazil dan India.

Kes jangkitan di Amerika Syarikat adalah satu per empat dalam semua kematian tetapi angka korban terus melonjak di Amerika Selatan.

Jumlah kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dalam lima bulan ini sama dengan jumlah orang yang meninggal setiap tahun akibat malaria.

Kes global menghampiri 7 juta, dengan kira-kira 2 juta, atau 30% kes tersebut direkodkan di Amerika Syarikat. Amerika Latin, wabak kedua terbesar dengan lebih daripada 15% kes, menurut laporan Reuters.

Kematian Covid-19 pertama dilaporkan pada 10 Januari di Wuhan, China tetapi pada awal April jumlah kematian melebihi 100,000.

Ia hanya mengambil masa 24 hari dari angka kematian 300,000 orang menjadi 400,000 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast