KUALA LUMPUR – Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-18 pada tahun ini ditangguhkan ke tahun depan.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, keputusan ini selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara.

Katanya, bagi membantu bakal graduan, skrol ijazah dan transkrip akademik rasmi akan dikeluarkan kepada penuntut selepas mendapat pengesahan Senat USIM dan tertakluk kepada status keberhutangan penuntut.

Tarikh Majlis Konvokesyen akan diumumkan berdasarkan kelulusan Senat. – MalaysiaGazette