Seorang ahli perniagaan pengedar tayar dituduh atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan membawa kecederaan kepada penjaja pasar malam di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 29 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Seorang pengedar tayar berusia 32 tahun akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Selangor esok bagi pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh penjaja pasar malam di Pekan Bukit Sentosa, Bukit Beruntung.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at  berkata, suspek akan dituduh di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987  atas kesalahan mengamuk dan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 6.30 petang 22 Mei lalu.

“Kertas siasatan kes terhadap suspek telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya oleh polis dan menerima arahan menuduh suspek Kang Meng Han di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan,” katanya.

Tambah beliau juga disabikan kesalahannya, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada RM8,000  dan tidak lebih daripada RM20,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat sebelum ini berkata suspek telah direman lima hari bermula 23 hingga 27 Mei lalu sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen KKB pada 28 Mei lalu.

Lima orang awam terdiri daripada empat lelaki dan satu perempuan mengalami luka-luka ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di pusat kesihatan berhampiran akibat kejadian tersebut.

“Dalam kejadian ini , dua buah kereta, dua buah motosikal dan dua buah khemah penjaja telah dilaporkan rosak dan kes telah disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Suspek sebelum ini dihadapkan dan dituduh di mahkamah yang sama akhir bulan lalu atas dua kesalahan jenayah di bawah Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana merempuh penjaja dan mendatangkan kecederaan ke atas empat orang serta mengeluarkan kata kesat ke atas polis.

Namun dia tidak mengaku bersalah ke atas kedua dua pertuduhan dan mohon perbicaraan di mahkamah sebelum dibenarkan ikat jamin dan ditetapkan sebutan semula kes.-MalaysiaGazette

Peniaga tayar mengaku tak bersalah rempuh penjaja, keluar kata kesat kepada polis

Pengedar tayar, teman wanita Myanmar direman 5 hari

Pemborong tayar ‘mabuk’ rempuh penjaja ditahan polis

 

1 Komen

  1. KOTA BHARU – Seorang peminta sedekah didenda RM25,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah menganiaya binatang dengan menjerut dan mengheret leher seekor anak anjing betina dengan tali. Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin terhadap tertuduh, Ibrahim Hamat, 51 pertuduhan dibacakan jurubahasa.

    Apa pula hukuman yang akan dijatuhkan kepada PEMANDU MABUK YANG MELAKUKAN TERRORIST dengan NIAT SENGAJA MELANGGAR PARA PENIAGA dan PELANGAN mereka ini?

    Sama2 TUNGGU SAMA ADA HUKUMAN CAP AYAM ATAU TIDAK?

Comments are closed.