7 remaja lelaki berusia di antara 19 ke 27 tahun di tangkap di LEBUH Raya Duke kerana menunggang secara merbahaya.

KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam yang terlibat merempit dengan menunggang motosikal  ala aksi Superman menerima padah apabila ditangkap polis.

Pemuda itu merupakan antara tujuh individu yang dicekup polis kerana menunggang secara berbahaya dengan mempamerkan aksi-aksi seperti superman dan sebagainya.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kesemua tujuh remaja itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan polis diketuai Bahagian Risikan dan Operasi Asisten Superintendan Ahmad Fuad Mahmod antara 12.30 tengah malam hingga 3 pagi.

“Dalam operasi di lebuh raya Duke tengah malam tadi, 12 anggota dari Unit Risikal Operasi JSPT KL terlibat pemeriksaan dan menangkap 7 lelaki di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesemua tujuh remaja lelaki berkenaan berusia di antara 19 ke 27 tahun ditangkap di lebuh raya Duke kerana menunggang secara merbahaya dengan mempamerkan aksi meniarap di atas motor seperti Superman serta bersaing sesama sendiri seolah berlumba.

“Kesemua mereka juga dilihat melakukan aksi zig zag dan kejar mengejar secara berlumpa di lebuh raya berkenaan sebelum ditahan, diperiksa dan ditangkap untuk tindakan lanjut,’ katanya dalam kenyataan media pagi tadi.

tujuh remaja termasuk seorang kakitangan awam berusia 24 tahun ditahan kerana memandu motosikal dengan aksi ala Superman secara berbahaya di Lebuhraya Duke serta merempit dalam Op Samseng Jalanan oleh Polis trafiik pada tengah malam hingga 3 pagi tadi.

Lebih menyedihkan katanya, salah seorang lelaki remaja dari tujuh suspek itu adalah seorang kakitangan awam berusia 24 tahun.

“Dia ditangkap kerana semasa operasi dia secara agresif menunggang motosikal dengan aksi meniarap di atas motor ala Superman,” ujarnya.

Menurutnya, daripada tujuh lelaki yang ditangkap tiga orang tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan empat lagi memiliki lesen sah.

Tegasnya, salah seorang remaja berusia 19 tahun pernah ditangkap sebelum ini di Dataran Merdeka atas kesalahan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (Willie).

“Dia ditangkap sekali lagi kerana melakukan aksi meniarap di atas motor seperti superman pagi tadi.

“Kesalahan lain dilakukan ialah melakukan pengubahsuain motorsikal, mengubah sistem enjin untuk menambah kelajuan, mengubahsuai ekzos motorsikal dengan menggunakan ekzos yang berbunyi kuat serta menggunakan tayar motorsikal YG lebih kecil iaitu bukan size sebenar

“Kesalahan lain yang dikesan adalah tidak memiliki cermin sisi kiri dan kanan pada motosikal serta tidak mempunyai lampu depan dan belakang dan kesemua yang ditangkap di bawa ke Balai Polis Trafik KL untuk tindakan lanjut,” tegasnya.-MalaysiaGazette