Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah menegur pihak Rapid Rail agar tidak membuat sebarang pengumuman mengenai perubahan SOP penjarakan sosial dalam tren dan stesen tanpa terlebih dahulu merujuk dengan kementerian untuk kelulusan.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, lazimnya, apa jua SOP yang telah digunapakai sebelum ini di dalam bidang pengangkutan awam sepanjang tempoh PKP/PKPB dilaksanakan ini, MOT semestinya terlebih dahulu telah merujuk dan membincangkan perkara tersebut dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang kemudiannya dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapat kelulusan.

“Oleh yang demikian, sebarang pembatalan atau kelonggaran SOP juga mestilah mengikut saluran dan prosedur yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ka Siong, MOT memberi amaran keras kepada Rapid Rail yang secara unilateral membuat pengumuman tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan.

“Diharapkan perkara sebegini tidak berulang lagi,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, Rapid KL telah menarik balik pekeliling tiada penjarakan sosial dan akur dengan arahan kementerian selepas dua jam mengeluarkan kenyataan mengenainya hari ini.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rapid KL akur SOP, tarik balik pekeliling tiada penjarakan sosial

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.