Tan Sri Idrus Harun

KUALA LUMPUR – Kegagalan mendapatkan bukti dokumentari penting dari Hong Kong punca pembebasan Tan Sri Musa Aman daripada 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang.

Itu penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun menjawab pertikaian sesetengah pihak terhadap pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah itu hari ini.

Katanya, bukti dokumentar dari syarikat dan bank, tidak dapat diperoleh melalui Permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah dari Hong Kong.

Jabatan Kehakiman Hong Kong menasihatkan syarikat dan bank itu yang mereka hanya dikehendaki menyimpan rekod selama tujuh tahun sahaja dan berkemungkinan besar mereka tidak lagi memiliki rekod atau dokumen berkenaan.

“Selain itu, terdapat saksi-saksi utama bagi pihak pendakwaan yang telah meninggal dunia, mengalami masalah kesihatan serius atau tidak lagi berada di Malaysia.

“Perkembangan terbaru ini, termasuk afidavit sokongan difailkan telah menyebabkan keadaan yang tidak mewajarkan pertuduhan diteruskan terhadap Musa,” kata Idrus dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk afidavit untuk menyokong permohonan Musa membatalkan semua pertuduhan terhadapnya yang disahkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Kata Idris keputusan itu diperkukuhkan dengan surat bertarikh 22 Disember 2011 daripada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong yang memaklumkan siasatan mereka terhadap Musa sudah lengkap.

“Keputusan yang dibuat ini adalah menurut kuasa yang boleh djalankan menurut budi bicara saya seperti yang termaktub dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.”

“ICAC juga berkata, tiada tindakan siasatan lanjut akan dijalankan “berdasarkan fakta yang diketahui”.

BACA: Musa Aman bebas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Musa sebelum itu berdepan dengan 35 pertuduhan rasuah pada 5 November 2018 sebelum lima daripadanya digugurkan kemudiannya.

Beliau didakwa menerima rasuah antara AS$28,500 dan AS$16,148,547 daripada beberapa individu 12 hingga 16 tahun lalu.

Beliau turut berdepan 16 pertuduhan pengubahan wang atas dakwaan menerima AS$37 juta daripada beberapa individu dan syarikat sejak Jun 2006 hingga Mac 2008.

Ekoran keputusan yang sama, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan juga maendesak Idris memberi penjelasan mengenai keputusan mahkamah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

PH mahu AG beri penjelasan kenapa bebaskan Musa

4 Komen

  1. Kegagalan dapat bukti dari Hong Kong punca Musa bebas! Alasan mantap dari AG baharu, sangat berintegriti!

    TAK MACAM alasan membebaskan kes rasuah banglo murah LGE yang menjadikan TERKEJUT sebagai alasan!

    Betul2 memalukan, dunia melihat sistem perundangn YANG TEMPANG!

  2. Minta AG bagi jalan untuk sape2 yg tak puas hati camne nak cabar keputusan dia.. atau bg sape2 yg wat statemt ayam, itik, lembu, ba alif ba ya, anjingson dll bagi akta/ seksyen mana mereka boleh di dakwa.. nak tanya lawyr nnti ne bukak file lh pulak..

  3. SPRM HongKong pun dah kata bersih, tak akan tidak percaya dari organisasi luar, Rekod Bank HongKong pun tidak ada yang pelik2, tunggu nak lihat rekod bank transaksi 250K Sadiq, duit sendiri ke duit mana?

  4. Tommy Romas dan Letfy Koyak sendiri telah gagal mencari bukit selama 22 bulan. HEHEHE… Tak dak bukti takpa, DAKWA JE DULU… BICARA…. NANTILAH, ESOKLAH, BILA-BILALAH, TAK TAU LAH… YG PENTING DAKWA JER DULU BIAR RAKYAT PIKIR MEREKA BERSALAH… ITU YG PENTING

Comments are closed.