Kerajaan Malaysia bertindak tegas mendepani isu pelarian Rohingya, dengan menghantar mereka ke Bangladesh dan negara ketiga yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bertegas tidak akan menerima atau berlembut lagi dengan isu kemasukan pelarian etnik Rohingya sama ada mereka terkandas di laut atau darat.

Tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, pelarian itu dihantar semula ke Bangladesh dan beberapa negara ketiga yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 (Refugees Convention 1951).

Beliau berkata, Kementerian Luar Negeri akan berbincang dengan kerajaan Bangladesh untuk menempatkan kumpulan pelarian  yang cuba memasuki perairan negara ini dengan modus operandi menebuk dan merosakkan enjin bot dinaiki mereka.

Ismail Sabri Yaakob

“Kita bertegas kali ini. Kita tidak boleh terima mereka lagi. Kita akan bincang dengan kerajaan Bangladesh atau kerajaan di mana pelarian ini datang, untuk hantar balik atau hantar ke negara ketiga yang tandatangani Konvensyen Pelarian 1951.

“Kepada pelarian etnik Rohingya, jangan anggap kita terima mereka. Tidak, kita akan hantar balik atau serahkan kepada negara ketiga yang sebelum ini lantang menuduh Malaysia tidak berperikemanusian.

“Apabila kita hantar kepada negara ini, mereka akan rasai sendiri apabila berdepan dengan isu pelarian,” katanya pada sidang media hari ini.

Semalam dilaporkan, seramai 269 etnik Rohingya yang dipercayai menempuh perjalanan selama hampir empat bulan dari kem pelarian di Myanmar, berjaya mendarat di Langkawi.

Daripada jumlah itu, polis menemui satu mayat etnik Rohingya yang dikatakan bersama 53 rakannya terjun ke laut selepas bot mereka karam yang dipercayai sengaja dibocorkan untuk membolehkan mereka diterima di negara ini.

Menurut Ismail Sabri, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah membuat kenyataan mengesahkan ada kemasukan sekumpulan pelarian etnik Rohingya.

Katanya, modus operasi mereka telah menyusahkan pihak berkuasa negara, iaitu sebaik memasuki perairan Malaysia, kumpulan itu menebuk perahu dan merosakkan enjin.

“Perbuatan mereka itu menyebabkan kita tidak ada pilihan melainkan terpaksa menyelamatkan mereka dari melihat kanak-kanak dan warga emas mati lemas di depan mata.

“Bagaimanapun, kita telah buat keputusan, mereka ini tidak dibenarkan berada di negara kita dan kerajaan telah minta Kementerian Luar Negeri untuk berbincang dengan Bangladesh.

“Kita akan hantar balik mereka dan tempatkan di pulau baharu di Bangladesh. Kita juga minta Kementerian Luar berbincang dengan UNHCR kalau boleh hantar ke negara ketiga,” katanya.

Mengenai Hospital Medan di Cox Bazar, beliau menjelaskan, operasi hospital itu telah ditamatkan selepas 56 petugas Malaysia dipanggil pulang ketika penularan Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Bgus..malaysia sudah smpai masa nya bertegas dgn pendatang2 asing tanpa izin ni..syabas krjaan mlysia.

  2. Sudah zaman berzaman rakyat negara China telah menjadi PENDATANG @migrant, samada akibat konflik politik dalaman, ekonomi, kemiskinan, kebuluran dan sebagainya! Mereka kini telah menjadi sebahagian daripada rakyat dinegara2 seperti Australia, Thailand, New Zealand, Singapura, Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah atau mana2 sahaja bahagian dunia!

    Sebagai sebuah negara KAYARAYA yang memperjuangkan kesamarataan, equality dan kepelbagaian, sudah tiba masanya negara China MEMBUKA RUANG dan menerima pula pendatang2 Rohinga, pendatang Afrika, Asia atau mana2 bahagian lain dunia!

    UN sebagai sebuah organisasi dunia perlu memperjuangkan perkara ini!

  3. Terbaik Dato Ismail Sabri,
    terima kasih kerana mendengar keluh kesah rakyat,
    kami harap semua PENDATANG HARAM2 dihantar balik secepatnya

Comments are closed.