Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi (tengah) membuat pemeriksaan suhu ketika tiba untuk memantau prosedur operasi standard (SOP) sub-sektor perkhidmatan gunting rambut, pendandan rambut dan kecantikan pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Beli-Belah MyTown, Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan isu penyelewengan bekalan minyak masak bersubsidi yang didakwa dilakukan oleh empat pengarah syarikat.

Walaupun kementerian tersebut melakukan pemantauan rapi, Menterinya, Datuk Alaxender Nanta Linggi tidak menolak kemungkinan ada individu melakukan penyelewengan itu.

“Kalau ada kes tertentu biarlah SPRM buat kerjanya,” katanya kepada pemberita.

SPRM hari ini mengesahkan penahanan empat pengarah syarikat yang disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan kuota pembekalan minyak masak bersubsidi.

Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 41 tahun ditahan di Selangor dan Putrajaya petang semalam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, penyelewengan minyak masak bersubsidi adalah isu ketirisan yang mengakibatkan kerajaan kerugian ratusan juta ringgit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast