KUALA LUMPUR – Pas kesian dan simpati kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) kawasan Lembah Pantai, Fahmi Fadzil kerana menunjukkan sikap tidak matang dalam berinteraksi dengan rakyat berhubung kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Walaupun jelas maklumat yang dinyatakan oleh PN itu berdasarkan fakta, tetapi ia sengaja diputar belit oleh pemimpin PH, dengan harapan untuk mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat.
Namun, menurut wakil Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan Pas Pusat, Muhtar Suhaili, apa yang cuba dinyatakan Ahli Parlimen itu berkaitan sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini, jelas memakan diri sendiri.
Sudah jelas lagi nyata, katanya, Parlimen Malaysia memaklumkan sesi persidangan Julai ini ditutup kepada orang awam bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini berikutan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Namun, ujar beliau, Fahmi sengaja memutar belit fakta dengan memaparkan ciapan menerusi akaun Twitternya, “Parlimen turut ditutup buat Ahli Parlimen? Sepatutnya sidang berikut bermula 13 Julai”.
“Kesian Fahmi… masa PKP dan PKPB pun Parlimen memang ditutup juga untuk orang awam.
“Sidang Parlimen 18 Mei tetap diadakan. Bagaimanapun, dalam tempoh 10 Jun hingga 31 Ogos ini Parlimen ditutup kepada orang awam, tetapi sidang Parlimen Julai ini tetap diteruskan,” katanya menjawab ciapan Fahmi.
Parlimen Malaysia dalam maklumannya memberitahu, selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan PKPP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, Parlimen Malaysia ditutup kepada orang awam bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.
Berikutan itu juga, netizen yang meninggalkan komen di ciapan tersebut menegur Pengarah Komunikasi Keadilan itu supaya bersikap lebih matang dan tidak mencetuskan kenyataan yang boleh menjatuhkan imej parti, walaupun mahu bergurau.
Seorang netizen, Abdul Halim Arshad memberitahu, melalui pembacaannya mengenai info itu, Parlimen hanya ditutup kepada kunjungan orang awam sahaja, bukan melibatkan Ahli Parlimen.
“Untuk orang awam saja. Untuk Ahli Parlimen, boleh. Jangan jadi bangang. Tahulah setiap posting burukkan kerajaan dapat 3k (like),” komennya. – MalaysiaGazette
Bangang.. Bangang… Bangannnnggg.. Simpan sikit bodoh tu boleh tak????
MABUK PASTI PUNCANYA ARAK.. .TAPI INI SAHKAN GILA BABI SEBAB TERMINUM KENCING BABI sama dgn kira-kira orang GILA KUASA..129-1=107
Jgn dok mimpi laaa pakatan hancing ambik putrajaya tunggu laaa 2023 tu pon klau madey idup lg….