Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa (kiri) dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin BERITA BERKAITAN Pemain profesional tempatan sedia harungi norma baharu dalam bola sepak FAM akan sediakan SOP untuk latihan pasukan kebangsaan.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa di Pejabat Menteri Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini.

FAM dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini memaklumkan antara perkara dibincangkan dalam kunjungan hormat itu adalah mengenai projek Pusat Latihan Kebangsaan di Presint 5, Putrajaya, salah satu komponen terkandung dalam Peta Hala Tuju FAM iaitu F:30.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam membentangkan secara terperinci perkembangan projek berkenaan, selain Annuar turut meneliti beberapa aspek berkaitan Kementerian Wilayah Persekutuan, menurut kenyataan itu.

Tujuan utama FAM membina pusat latihan berkenaan adalah untuk menyediakan kemudahan latihan bertaraf dunia, menepati tuntutan moden bertujuan memberi suasana prestasi tinggi demi kegunaan pasukan elit tanpa mengetepikan komuniti Putrajaya.

FAM sebelum ini turut merancang membina ibu pejabat baharu di Putrajaya.-BERNAMA