Kenyataan yang dikongsi dalam Twitter Anwar Ibrahim menafikan blok PH mempunyai sokongan 107 Ahli Parlimen.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menjelaskan, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong dan memihak kepada blok pembangkang bukan 107 orang.

Sebaliknya, jumlah itu adalah Ahli Parlimen dari setiap parti yang hadir ketika mesyuarat PH bersama serpihan parti Bersatu dan parti Warisan Selasa lalu.

“Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak persoalan berkenaan jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat dari pihak PH, Warisan dan kumpulan Bersatu bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ingin dimaklumkan, 107 Ahli Parlimen seperti yang diperjelaskan sewaktu sesi Facebook Live Anwar pada 10 Jun lalu, adalah berdasarkan jumlah diwakili setiap parti yang hadir sewaktu mesyuarat PH bersama Bersatu dan Warisan pada 9 Jun 2020.

“Ini belum mengambil kira Ahli Parlimen Bebas ataupun mana-mana pihak lain yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut,” katanya kenyataan itu kepada media, hari ini.

Semalam, ketika sesi Facebook Live, Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan yang baharu menegaskan, pembangkang kini mempunyai sokongan teguh daripada 107 Ahli Parlimen.

Katanya, biar pun buat masa ini pembangkang mempunyai majoriti yang kurang daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), namun kedudukannya terus kukuh.

“Kita capai satu persetujuan apa pun strategi kita harus bersama, dan pembangkang harus teguh dengan pendirian mereka, sekarang 107 Ahli Parlimen sokong gabungan PH.

“Kita akan mara ke hadapan dalam satu pasukan untuk pastikan mandat rakyat dihormati dan kecelaruan, rasuah itu dihentikan,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ramai ahli ,MP PH yang akan neralih fokong PN. Bukan cerita dongeng. Kerana menolak Tun M.

Comments are closed.