KUALA LUMPUR – Pusat transformasi bandar (UTC) akan beroperasi semula mulai Isnin, 15 Jun ini mengikut waktu operasi dan norma baharu.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, UTC akan beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali pada cuti umum Persekutuan atau negeri.
Ia juga beroperasi penuh tanpa waktu rehat kecuali pada hari Jumaat.
Berikut adalah jadual waktu operasi UTC mengikut kawasan:
Hari Kawasan | Waktu Operasi* |
Rehat/ Solat Jumaat** |
|
Hari Bekerja | Hujung Minggu | ||
Semenanjung |
8.00 pagi-9.00 malam |
8.00 pagi-5.00 petang |
12.15 t/hari–2.45 petang |
Sarawak |
8.00 pagi-5.00 petang |
8.00 pagi-5.00 petang |
11.45 pagi-2.15 petang |
Sabah dan WP Labuan | 8.00 pagi–5.00 petang | 8.00 pagi-5.00 petang | 11.30 pagi–2.00 petang |
Sumber: Kementerian Kewangan, 11 Jun 2020
PadaJanuari tahun lepas, Kementerian Kewangan melaksanakan waktu operasi baharu UTC sebagai langkah penjimatan yang menyaksikan terdapat UTC yang beroperasi pada waktu tengahari sehingga malam dan sebahagian lagi beroperasi pada waktu bekerja sahaja. – MalaysiaGazette