Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menidakkan ‘kekuatan’ Tun Dr. Mahathir Mohamad sekiranya mahu ‘merampas’ semula kerajaan.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik beranggapan, Anwar seorang sampai bila-bila pun tidak mampu berbuat demikian tanpa sokongan kem Mahathir kerana Presiden PKR itu tidak mampu mendapat sokongan angka keramat 112 ahli parlimen menyokongnya.

“Telah terbukti di beberapa PRU (pilihan raya umm) sebelum ini bahawa kekuatan maksimum Anwar hanyalah sekitar 78-80 ahli Parlimen di Semenanjung. Ditambah dengan ahli Parlimen DAP dan PKR di Sabah dan Sarawak, bolehlah mencapai angka 92 iaitu satu blok pembangkang yang cukup kuat.

“Jika hanya mahu menjadi pembangkang sampai bila-bila, bolehlah ketepikan Mahathir dan pengaruh yang beliau bawa. Tapi jika mahu kembali sebagai kerajaan seperti yang telah diberikan mandat pada PRU-14 yang lalu, maka di sinilah ‘galah sejengkal’ Tun Dr Mahathir berperanan,” katanya dalam artikel bertajuk ‘Galah Sejengkal Tun Mahathir Mohamad di media sosialnya hari ini.

Menurut bekas menteri itu lagi, analoginya mudah. Galah Anwar hanya mampu mencapai 92 atau lebih sedikit tetapi tidak mampu melepasi 112 sebaliknya sekiranya disambung dengan galah sejengkal Mahathir, maka angka 112 boleh dilepas.

“Bahkan 130 atau lebih sedikit pun boleh dijangkau.
Mahathir boleh ‘ramp-it’ sehingga 148 jika betul rundingan dan percaturannya. Dengan menambah galah sejengkal Mahathir dengan galah Anwar, maka buah-buah yang banyak di bahagian atas pokok boleh dikait dengan mudah,” ujarnya lagi.

Bagi Maszlee, rundingan untuk ambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak Anwar atas dasar nombor.

Hakikatnya jelas, tanpa Mahathir, peluang untuk mengambil semula kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.

Kedudukan terkini iaitu 107 bagi pihak PH+ seperti yang telah diuar-uarkan boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal manakala Anwar Ibrahim hanyalah 91.

“Tetapi faktor galah sejengkal Mahathir telah memanjangkannya sedikit kepada 107 buat masa ini. Tinggal lima lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak,” katanya.

Menurutnya, walaupun kedua-dua tokoh itu telah kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui pengkhianatan orang nombor dua dalam parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanya soalan yang realistik seperti siapakah yang masih berpengaruh kuat untuk berunding bagi mendapatkan sekurang-kurangnya sokongan lima lagi kerusi yang berbaki? ” soalnya.

‘The New Political Norm’ atau Kebiasaan Baharu Politik di Malaysia adalah permainan nombor dan angka bilangan ahli Parlimen.

Walaupun telah berlaku sebelum ini di peringkat negeri-negeri, namun Langkah Sheraton telah mendefinisikan kebiasaan baru politik Malaysia apabila tumbangnya kerajaan PH hanya melalui perpindahan ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan kepada pihak pembangkang.

“Sebab itulah untuk melepasi angka 112 ini, saya khuatir kekuatan satu pihak sahaja tidak mencukupi. Dengan sambungan ‘galah sejengkal’ Mahathir bersama lima ahli Parlimen dan Warisan, angka 112 ini boleh dicapai. Ditambah pula dengan beberapa ahli parlimen Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang dilema mempersoalkan kedudukan mereka selain daripada beberapa orang Ahli Parlimen UMNO yang sudah muak dengan budaya rasuah dan kleptokrasi parti mereka.

“Apabila angka 112 ini telah dicapai, galah sejengkal ini akan digunakan lagi untuk membawa angka ini kepada 130. Analoginya mudah, galah 112 ini akan berupaya menggoncangkan pohon-pohon ‘buah 18’ yang lain walaupun tinggi.

“Dan apabila angka telah mencapai 130, pohon-pohon berbuah 17 (asalnya 21) pun akan turut rapuh untuk dipetik oleh galah sejengkal. Ianya bagus jika mahukan sebuah kerajaan yang stabil dengan bilangan ahli parlimen mencapai 148 sekurang-kurangnya.

“Hanya melalui PH+ mengambil semula kerajaan sahajalah negara boleh diselamatkan dan koruptor-koruptor jerung yang bakal terlepas satu demi satu tidak akan dibiarkan.
Galah sejengkal ini tidak akan berhenti di sini. Jika kita memahami keajaiban dan menghormati galah sejengkal Mahathir ini, bukan sahaja kerajaan boleh diambil semula, PRU-15 pun bolehlah distrategikan untuk menyempurnakan ‘Heineken Effect’ (to reach where others can’t) dan seterusnya menang dengan bergaya. Insya-Allah,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kali ini pasti Anwar jadi PM..

7 Komen

  1. Masalahnya sekarang galah Tun yang YB maksudkan tu tak tak keras lagi macam masa dia muda dulu sebab dah tua sangat. Kalau galah lembik nak kait rambutan pun rambutan tak gugur. Kan baik kalau pakai galah YB aje. Tak tau lah kalau galah YB pun lembik dan tak boleh pakai lagi. Tapi boleh cuba lah kait biji kelaps sawit di Sempang Renggam atau kat rumah ada pokok rambutan.?

  2. ADA 2 tempat utk rujukan nombor…KEDAI NOMBOR EKOR dan RAFIZI RAMLI…tanya pada RAFIZI apa nombor minyak bleh turun,tol ptptn boleh hapus,pendidikan percuma,gst potong leher,gaji minimum.

  3. Kesian. Hang cuma pawn saja to be sacrificed by Madey.. Iitu pun ko tetap taat lagi. Untuk kepentingan party my a**. Hidup jadi barua@anjing suruhan nie apa nikmatnya… Cer citer sikit sang mantan Menteri kasut hitam ikat tepi…

  4. Kira la no sampai brp pun..
    Kira la galah panjang mane ko nak LEEdap oiii..
    Hakikat Nye rakyat dah muka n bosan dgn game korang.
    Korang igt jika dapat 130 pun Agung N PN takkan bubur parliament ke bodoh..ko nak jadi kerajaan pintu jamban pulak ke?
    PHancing + atuk tua pun xkan kemana krn akhirnye rakyak Akan bangun mendesak pilihanraya..
    Waktu2 Susan covid ni jgn la bazirkan suit rakyat utk belanja pilihanraya yg beratus2 juts tu..
    Apa la bodoh sgt korang ni..

  5. Tun mahathir ni siapa sibuk sangat nak jadi PM. Sabarudin tuksng kasut pun lebih lebih layak jadi PM. Madey ni dia muka simpang dan talam dua muka. Muka tembok dan muka penyapu. Jangan ganggu Anwar. Dia tu bakal PM ke 9.

  6. Ada lagi nuh org nak Anwar jd PM9.. manusia penting jawatan PM dan penuh masalah akhlak, ada juga org sokong dia jd PM. Keluar jail terus lupa rakyat, asik pulun nk jawtan, xkan Batu Api masih nak dia jd PM9?

Comments are closed.