Foto Instagram Atikah SUhaime.

KUALA LUMPUR – Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime berkongsi pengalaman apabila pernah bercinta dengan lelaki yang hanya mahu menumpang kesenangannya.

Menerusi luahan di Twitter miliknya itu, Atikah berkata, bekas kekasihnya dahulu pernah meminjam laptop MacBook miliknya namun memulangkannya dalam keadaan yang tidak baik.

Lebih mengejutkan, Atikah mendedahkan lelaki berkenaan turut mengambil duitnya tetapi tidak membayar semula.

“Malah bekas teman wanita yang lain juga pernah menjadi mangsa lelaki berkenaan.

“Kepada wanita di luar sana lebih baik kekal solo daripada mempunyai teman lelaki yang tiada usaha untuk mencari duit sendiri,” tulisnya.

Atikah mengakui dia kini mencari lelaki yang berduit selepas melalui pengalaman buruk bersama lelaki ‘biawak hidup’.

Dia turut meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan dirinya yang gila bekerja tetapi akaun bank kosong sehingga tidak dapat memberi wang kepada ibu bapanya kerana mahu menampung bekas kekasihnya.

Lebih menggeramkan apabila bekas kekasihnya itu mengatakan Atikah sepatutnya rasa terhutang budi dengan kebaikannya.

Atikah kini bahagia apabila hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh selepas berdepan episod duka putus tunang tahun lalu. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast