SHAH ALAM – Sebuah pertubuhan NGO, Suara Anak Muda Islam mempersoalkan kenapa kerajaan Selangor masih berdiam diri berhubung pendiriannya berkenaan isu arak dan pemandu mabuk.
Pengerusinya, Asmarul Nizan Kassim menyatakan, sebagai sebuah negeri Islam, Kerajaan Selangor seharusnya peka, prihatin dan segera mengambil Langkah awal dalam usaha membendung gejala itu supaya tidak berulang.
“Isu arak dan pemandu mabuk memang tidak dapat dipisahkan kerana pemandu mabuk sering dikaitkan dengan arak yang juga boleh membawa kepada kematian.
“Namun, agak menyedihkan kami, sehingga hari ini, belum ada lagi sebarang kenyataan rasmi daripada Menteri Besar mengenai pendirian kerajaan negeri berkenaan isu arak dan pemandu mabuk.
“Perkara ini penting untuk diperhalusi dan seterusnya mengambil langkah segera dan holistik demi menjaga keselamatan rakyat terutama melibatkan kes kematian akibat daripada pemandu mabuk,” katanya dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette, hari ini.
Kata beliau, berbeza dengan negeri lain yang telah membuat kenyataan rasmi beserta langkah pencegahan dengan memfokuskan soal keselamatan rakyat.
“Sebagai rakyat Selangor, saya menyeru Datuk Seri Amiruddin Shari bertindak segera dalam menangani isu ini dengan memberikan komitmen dan perhatian sepenuhnya.
“Ini kerana melibatkan soal nyawa dan boleh menyebabkan kesusahan serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya. – MalaysiaGazette
Hehehe.. Bapak kilang arak kat Selangor… Hidup October fest…. Cik Non diam je, mana ada telur usik arak ngan LGBT. AKU MATI DALAM IMAN