Para peniaga kedai gunting rambut bersetuju untuk tidak menaikkan kadar upah bagi perkhidmatan itu.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Para peniaga kedai gunting rambut bersetuju untuk tidak menaikkan kadar upah bagi perkhidmatan itu.

Mereka hanya mengenakan caj tambahan kepada pengguna bagi dua item sahaja iaitu alas gunting rambut pakai buang dan set sarung tangan serta caj tambahan yang dikenakan bagi item tersebut perlu berpatutan.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, ia dicapai selepas pihakya mengadakan perbincangan dengan wakil tujuh persatuan terbabit pada 9 Jun lalu.

Ia susulan selepas kerajaan telah membenarkan sektor
ekonomi bagi perkhidmatan gunting rambut beroperasi mulai pada 10 Jun 2020 dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Iskandar, pihaknya juga telah memantau dan
membuat pemeriksaan ke atas penyedia perkhidmatan di seluruh negara mulai 10 Jun lalu melalui tindakan di bawah Ops Catut 7.0 (Dandanan & Gunting Rambut).

Jumlah pemeriksaan premis perkhidmatan gunting rambut yang telah diperiksa pada 10 Jun lalu adalah sebanyak 151 premis bagi 274 perkhidmatan gunting rambut
yang melibatkan pengeluaran notis sebanyak 250 notis.

“Sekiranya, mereka gagal atau enggan mematuhi arahan tersebut maka tindakan tegas akan diambil dan boleh didenda sehingga RM500,000.

“Saya faham bahawa peniaga perlu mematuhi SOP bagi pembukaan perkhidmatan tersebut dengan pertambahan beberapa kos perniagaan namun ianya adalah norma
baharu yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan penularan Covid-19.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa caj tambahan yang hanya
tiga dibenarkan untuk dikenakan kepada pelanggan hanya merujuk kepada dua item barangan yang digunakan oleh pelanggan sahaja iaitu alas gunting rambut pakai buang dan set sarung tangan.

“Peniaga perlu pastikan caj tersebut adalah berpatutan dengan
merujuk kepada kos belian bagi penggunaan setiap barangan tersebut bagi mengelakkan daripada sebarang tindakan undang-undang diambil tehadap peniaga,” katanya lagi.- MalaysiaGazette