TERKINI : Terpaksa Jadi Nelayan dan Jual Kereta Sewa – LANGKAWI

Rata-rata syarikat kereta sewa dan teksi di destinasi pelancongan terkenal ini terjejas teruk sehingga hampir hilang sumber pendapatan bulanan akibat penularan pandemik Covid-19.

Tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Terminal Jeti Kuah mendapati lambakan kereta sewa memenuhi kawasan parkir berikutan kurang mendapat sambutan daripada pelanggan.

Pengurus Moonlight Bay Langkawi Vacation, Faisol Ayob berkata, syarikat agensi pelancongan yang berada di terminal ini sangat terkesan dengan wabak Covid-19 yang melanda negara dan perniagaan mereka terjejas sehingga 99 peratus kerana langsung tiada permintaan.

1 Komen

Comments are closed.