drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

KUALA LUMPUR – Empat lelaki warga tempatan ditahan bersama heroin seberat 460 gram heroin di sebuah bangsal rumah panjang di Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua lelaki India itu ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang melakukan serbuan Petaling Utama, PJS 1/52.

“Hasil serbuan polis sekitar jam 5.30 petang berjaya menahan empat lelaki berusia 28 hingga 30 tahun yang sedang duduk di pintu bangsal rumah tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui satu paket plastik lutsinar yang berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 460 gram,’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nik Ezanee, tiga daripada empat suspek berkenaan mempunyai pelbagai rekod kes dadah yang lampau.

Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Pesalah juga boleh dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada lima belas sebatan.- MalaysiaGazette