Muhammad Zahid Md Arip

KUALA LUMPUR – Muhammad Zahid Md Arip terkilan dengan tindakan mengejut Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sanggup merayu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri di bawah Pakatan Harapan (PH)

Beliau sama sekali tidak menyangka Dr Mahathir sedang melobi bersama PH dan berusaha merampas kembali kerajaan pimpinan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sangat terkejutlah bila Tun sanggup pergi ke ibu pejabat PKR (Parti Keadilan Rakyat), sanggup menemui Anwar, sanggup merayu semula jawatan perdana menteri dalam keadaan entah ada, entah tidak angka (sokongan). Ini sangat memeranjatkan saya,” kata bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir.

Beliau ditemui selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen hari ini.

Zahid mengakui beliau sebenarnya berat hati untuk mengkritik Dr Mahathir kerana sangat rapat dengan bekas pemimpin negara itu.

“Bukan senang nak komen pasal Tun, dia adalah sahabat keluarga dan kawan rapat datuk saya. Saya pernah berkhidmat dengan beliau sebagai setiausaha politik,” katanya yang menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Dr Mahathir.

Zahid mengajak rakan-rakan seperjuangan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya bersatu padu menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden parti.

“Mudah-mudahan dengan bersatu kita menjadi kuat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. 6 saat pun kita tak boleh bagi pada ular ni sebab dia memang putar alam. Tapi kalau dia nak sangat dia kena minum air basihan kaki Anwar dan dia juga kena minum air basuhan kaki Najib. Baru dia ala terlepas dari sumpahan sial. Kena buat di khalayak sebagai tanda ikhlas. Kalau tidak hajat tidak aksn tertunai. Air basuhan itu adalah air yang mengalir terius dari kaki. Lebih baik disegerakan.

  2. Slm,bukan x boleh bgi, dah bagi peluang dah pun kpd tun m, 22 bulan selepas menang pru 14,2018yg lalu, itu perjnjian dgn pkr(ph)bukankah tun m telah pegang PM? jadi yg pergi letak jwatan tu dah kenapa?,rasa nak marah, begang, @rasa mcmna boleh buat keputusan mengejut letak jwatan PM, letak jwatan pengurusi PBB, dah kenapa? akai dah tak ada ka ketika buat keputusa letak semua jwatan tu?,akal dah jdi begap dah ke?,dah tak boleh berfikir?,dah tu, skrg &akan dtag merayu2 kpd dsai dah kenapa pula?dym pun nasihat tun m agar jgn letak jwatan PM tu, tpi degil sgt, konon nak tunjuk hebat sgt, tamak kuasa,rakus jwatan PM, kini fikir nak rayu dsai pujuk agar di serahkn jwatan PM akan dtg kpd dsM begitu,?M’sia kan domokrasi?,ikut la prosedurnya,,itulah dia Allah kifarohkn kpd insan yg di fitnahkn konspirasi politiknya lebih kursng 6thn di dlm penjara bukan?apa pun mungkinkah dsai akan sebiol sebodoh itu utk mengambil peluang mengasak kpd jwatan PM, rkyat M’sia amnya nak tengok realiti bagaimnakah pemerintahan dsai berperanan sebgai PM,,, semoleknya beriknlah peluang kpdnya belau pula(dsai)jdi PM, klu nak bgi pd PAS ha, ha, ha, ha,skrg di dlm PN apa yg mereka buat? Jdi krjaan pusat?Rm 90juta,kes dgn S’Rwak riport pun mcm isu main2 aje, saman seprti saman kartun!, shj, kerja buat bagai keanak-anakkn doremon, boboi,,,,apa yg boleh di hrpkn!, hudud, Ruu kemana lenyapnya?dah jdi krjaan pusat, kenapa jadi bisu?negara berkebajikan mana dia? Yg ada air isu di klntan tak selesai2,rkyat klntan di saran agar minum air sg klntan yg berkelodak susu, tanah liat, sdgkn yb2 exco klntan tiap se org dpt Rm 50 ribu,14 buah mobil macdes baru berhrga RM 300.000ribu tiap2 satu, mana dpt duit tuuu?,,,di zaman dto’nik aziz dulu tak ada pun akaun Rm 50.000ribu exco2 tu, macdes tu xx ada pun,,!. jdi bgaimna nak di hrpkn kpd PAS?…

  3. Udah2la tu, tun m, rkyat langkawi(mlayu sana) tula yg pilih tun m, sebb dia org ingat tun m dah ok dah, boleh di hrp menolong mereka e-ekonomi mereka, rupa2nya,tun nak tolong anak tun sendiri jdi PM,kroni2 tun, a,a,a,a,itu warga langkawi tersilap langkah, tersilap perahu boleh berpatah balik, terlajak undi terimala risikonya,, lain kali warga langkawi, belajor la cara pilih pemimpin dari al-quraan tu dhulu sebelum mengundi,,,.. Islm dah lama dah,tapi masih jahil agama sendiri, itu la egonya warga Langkawi melayu, angkoh sombong tak nak mengkaji al-quraan, hrp baca taronnum shj pandai, tpi isi kandungannya labon kosong omong kosong shj, cakap pandai….

Comments are closed.