KUALA LUMPUR – Anggota keselamatan penerbangan yang dididakwa menengking dan melayan kasar penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sudah pun diambil tindakan disiplin.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataannya meminta maaf kepada Noorul dan keluarganya di atas insiden tersebut.

Kenyataan itu menyebut bahwa pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden tersebut yang dibuat oleh Noorul ketika cuba memasuki bangunan terminal KLIA untuk menghantar keluarganya.

“Kami memohan maaf kepada Noorul dan keluarganya atas kejadian tersebut. Kami komited untuk memberikan pengalaman mesra kepada semua tetamu lapangan terbang dan tidak akan toleransi dengan sebarang pelanggaran dari segi budaya perkhidmatan kami walaupun ketika melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” ujarnya.

Beberapa hari lalu penyanti tersebut melahirkan rasa kecewa selepas melalui pengalaman pahit dikasari oleh anggota keselamatan KLIA.

Noorul berkata, dia memahami SOP baharu yang ditetapkan namun kakitangan berkenaan perlu lebih berbudi bahasa ketika menjalankan tugas.

Penyanyi itu mendakwa anggota keselamatan tersebut meninggikan suara ketika memaklumkan hanya dua orang sahaja yang memasuki terminal.

Kejadian tersebut berlaku semasa dia menghantar ibu dan bapa mertua di KLIA untuk pulang ke Perancis.

Mereka didakwa tidak boleh berbahasa Inggeris dan Melayu, oleh itu Noorul mahu membantu kedua ibu bapa daftar masuk.

Selepas ditengking, anggota keselamatan itu berlalu pergi tetapi Noorul kemudian didatangi oleh seorang anggota lain yang bercakap dengan baik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Diharapkan yang kena tengking itu berpuas hati kerana yang menengking telah dikenakan tindakan. Begitu juga kalau perlu ambil lah tindakan mahkamah dan minta ganti rugi setaraf dengan yang punya tubuh sebagai seorang yang ternama dipersada hiburan negara. Jangan lupa juga arahkan supaya membuat permohonanan maaf di semua media di Malaysia.
    Beri malu secukupnya!

  2. Hello to MAHB management. Please do not ever downdrade your staff for the sake of one idiot named Noroul what so ever. Why must publicise the action to the staff who is doing their duties according to SOP as mentioned. Why is there doubled standard SOP.? Are the officers in MAHB so naive? They are the frontliners who should be appreciated not humiliated. If these situation not handled professionaly it will sure tarnish your responsiblity as enforcement officer at most strategic point of entry. Surely you will lose my support.

  3. Ahm… Xperlu lebih sudu dari kuah n jgn jd batu api…
    Zoelkifly… Let the MAHB do their job… They know better n know what exactly happened at that time… Investigation n action hv been made professionally…All officers in MAHB can take it professionally… So.. Be a supportive netizen… Dont ever downgrade each other…

Comments are closed.