Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori maut selepas kayu balak yang terjatuh dariĀ  atas menghempapnya.

Tragedi itu berlaku semasa mangsa membuka rantai besi yang mengikat pada kayu tersebut.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala, kata Ketua Polis Kajang, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Menurutnya, pemandu yang berketurunan Melayu itu adalah pekerja sebuah syarikat dari Pahang,

Mangsa telah bergerak dari Pahang kira-kira jam 2 petang semalam dan tiba di kilang papan Sungai Baru, Semenyih 8 pagi tadi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. – MalaysiaGazette