Gambar dikongsi di sosial media

KLANG – Sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Meru di sini runtuh dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.00 pagi namun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shariat berkata susulan kejadian itu juga, jalan di lokasi berkenaan ditutup di kedua-dua arah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Beberapa lencongan juga dibuat bagi memudahkan pergerakan kenderaan yang melalui jalan itu. Anggota trafik turut mengawal keadaan lalu lintas di lokasi kejadian dan setakat ini, situasi pergerakan kenderaan di situ adalah terkawal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beberapa video keadaan runtuhan kerangka besi itu dimuat naik orang awam dan tular di laman Facebook sejak pagi tadi.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast