TERKINI : SOP Maahad Tahfiz Masih Dalam Penelitian – Zulkifli Mohamed

Prosedur standard operasi (SOP) pembukaan sesi pengajian maahad tahfiz di seluruh negara akan diumumkan dalam waktu terdekat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, pihaknya telah kemukakan cadangan SOP itu pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ada beberapa mekanisme yang perlu dikemaskinikan.