Sebuah pantai di Bali yang masih ditutup. foto Aljazeera

JAKARTA – Kerajaan memutuskan untuk tidak membuka destinasi pelancongan di Bali kerana risiko penularan Covid-19 semakin berlarutan.

Ketua pasukan petugas Covid-19 nasional, Doni Monardo memaklumkan beliau telah membincangkan kemungkinan membuka beberapa destinasi pelancongan di Bali semasa peralihan normal baharu dengan Gabenor Bali, Wayan Koster.

Tetapi kedua-duanya bersetuju untuk tidak membukanya.

”Hasil perbincangan kami dengan beberapa pemimpin daerah, termasuk Gabenor Bali, kami telah memutuskan untuk tidak membuka Bali,” kata Doni dalam sidang dengan Suruhanjaya Dewan Perwakilan X.

Doni berkata, kerajaan di peringkat daerah mahu menumpukan usaha memutuskan rantaian virus Covid-19 terlebih dahulu.

“Kami mahu Bali memiliki protokol khas berbanding daerah lain, terutama dalam dalam aspek (untuk menentukan) apakah mereka harus dilakukan jika pelancongan Bali dibuka semula,” katanya.

Doni mencadangkan agar pentadbiran Bali menyiapkan mesin ujian saringan lapangan terbang dan pelabuhan.

Sebilangan bandar dan wilayah di pulau ini adalah zon merah dan beberapa lagi adalah zon jingga.

Kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah mempunyai risiko tinggi penularan Covid-19 manakala zon jingga pula berisiko sederhana. – MalaysiaGazette