Datuk Moehamad Izat Emir

KUALA LUMPUR – Negara bertuah kerana dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berwibawa apabila berjaya menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik menangani pandemik Covid-19 sejak dua bulan lalu.

Ini sekali gus menunjukkan beliau peka melaksanakan tugas dalam keadaan negara dilanda wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, berikutan dasar-dasar dan usaha kerajaan, Malaysia diiktiraf berada dalam lima negara terbaik di dunia mengawal pandemik Covid-19.

“Semoga beliau (Muhyiddin) dapat mengekalkan kepimpinan yang dibanggakan seperti hari ini selain terus diberikan kesihatan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Moehamad Izat turut mengucapkan tahniah kepada Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim adalah antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator baru-baru ini.

Beliau berharap dengan pengalaman luas, Rais dapat menyumbang sesuatu kepada negara.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.