Orang ramai hadir berkunjung di pasar malam bagi membeli keperluan makanan selepas kerajaan membenarkan peniaga-peniaga pasar malam serta penjaja membuka perniagaan mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Malam Desa Latania Seksyen 36, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 18 JUN 2020.

SHAH ALAM- Pasar malam sudah dibenarkan beroperasi di Selangor sejak Isnin lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun belum semua lokasi dibuka.

Bermula minggu lepas, para peniaga pasar malam sudah mula diberikan kebenaran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mula berniaga akan tetapi perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Kelihatan seorang petugas pasar malam memasang pita penghadang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Malam Desa Latania Seksyen 36, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 18 JUN 2020.

Selain terpaksa akur dengan pelbagai peraturan ketat, rata-rata peniaga dilanda kebimbangan perniagaan mereka tidak mendapat sambutan kerana kekurangan pelanggan.

Orang ramai hadir berkunjung di pasar malam bagi membeli keperluan makanan selepas kerajaan membenarkan peniaga-peniaga pasar malam serta penjaja membuka perniagaan mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Malam Desa Latania Seksyen 36, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 18 JUN 2020.

Tinjauan MalaysiaGazette di salah sebuah pasar malam di Seksyen 36 Desa Ratania mendapati bilangan pengunjung memang tidak seramai biasa selain masih banyak tapak kosong kerana tidak ada peniaga.

Bagaimanapun Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam Shah Alam dan Klang, Kamarul Nizam Razak berkata, kekosongan tapak itu berlaku kerana berlaku sistem penggiliran yang dilakukan pihak berkuasa tempatan.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam Shah Alam dan Klang, Kamarul Nizam Razak bercakap kepada media ketika tinjauan peniaga-peniaga pasar malam yang dibenarkan berniaga selepas kebenaran yang diberikan oleh kerajaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pasar Malam Desa Latania Seksyen 36, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 18 JUN 2020.

“Ramai dalam kalangan peniaga pasar malam tidak berniaga ekoran terpaksa mengikut sistem penggiliran dan kebanyakan mereka sendiri masih tidak memahami sistem yang perlu mereka patuhi.

“Minggu ini adalah giliran bagi peniaga yang memegang nombor tapak ganjil manakala peniaga yang memegang nombor tapak genap akan berniaga pada mingu depan,” ujarnya ketika ditemui di sini malam tadi.

Kamarul Nizam juga mengakui perniagaan pasar malam sepanjang minggu ini agak perlahan menyebabkan ramai peniaga tidak berkeyakinan untuk kembali membuka perniagaan.

Sementara itu, seorang pengunjung pasar malam, Sanusi Mohd Syarif bersyukur kerana pasar malam sudah dibuka walaupun terpaksa mematuhi peraturan ketat.

Pengunjung, Sanusi Mohd Sharif bercakap kepada media ketika tinjauan peniaga-peniaga pasar malam yang dibenarkan berniaga selepas kebenaran yang diberikan oleh kerajaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pasar Malam Desa Latania Seksyen 36, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 18 JUN 2020.

Namun beliau bimbang sekiranya ada dalam kalangan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mencari untung lebih selepas lama ‘bercuti’.

“Nasib baik saya lihat pasar malam ini, harga barangan, makanan masih kekal tidak ada kenaikan walaupu mereka (peniaga) rata-rata terkesan dengan penularan Covid-19,” katanya.-MalaysiaGazette