PRK CHINI : Sharim ‘SEBAK dan MENANGIS’ ketika Ziarah Pusara Allahyarham Abu Bakar Harun

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, 41, berazam akan meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun semasa memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini.

Dalam nada sebak, beliau berkata tekad itu dizahirkan selepas melihat ketekunan Abu Bakar dalam mendepani masalah rakyat di sekitar Chini.