Serena dan Bianca beraksi dalam Final Terbuka AS musim lalu dan akan kembali berentap untuk merebut gelaran sama Ogos ini.

WASHINGTON – Ratu Tenis Dunia, Serena Williams menyatakan hasrat untuk beraksi dalam Tenis Terbuka AS secara tertutup kali ini.

Dia tidak sabar untuk kembali beraksi dalam aksi bernorma baharu secata tertutup demi menyamai rekod gelaran Grand Slam bagi merangkul mahkota yang ke-24 dalam kariernya kali ini.

Termasya kali ini akan diadakan tanpa penonton di New York pada 31 Ogos ini walaupun masih terdapat segelintir pemain menyatakan kerisauan mengenai risiko Covid-19 berdasarkan kadar kes di negara kuasa besar dunia itu.

Namun Williams, 38, pula memberi reaksi; “Saya tidak sabar untuk kembali ke New York dan beraksi dalam Terbuka AS 2020”.

Jelajah ATP dan WTA digantung sejak Mac lalu disebabkan Covid-19 dan akan diteruskan semula pada Ogos ini.

Bagaimanapun Kejuaraan Wimbledon pula dibatalkan buat kali pertama tahun ini sejak 1945 akibat Covid-19.

Manakala Ratu Tenis Kanada, Bianca Andreescu pula mengeluarkan kenyataan selepas Williams dan mengesahkan dia akan beraksi di Terbuka AS untuk mempertahankan gelarannya yang dijuarai tahun lalu.

“Saya pasti Persatuan Tenis AS mempunyai pelan terbaik untuk memastikan tahap keselamatan Covid-19 semua jaguh dijamin pada tahap tinggi ketika perlawanan nanti,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast