Gambar hiasan.

BEIJING – Penyelidik China telah memulakan fasa kedua percubaan vaksin koronavirus ke atas manusia dalam usaha untuk menilai keberkesanan dan keselamatan penggunaannya, kata Institut Biologi Perubatan di Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).

Kira-kira sedozen vaksin yang berlainan berada dalam tahap ujian manusia di seluruh dunia, ketika Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa pandemik koronavirus semakin cepat dan “dunia sedang dalam fasa baru dan berbahaya”.

Tetapi tidak ada satu pun percubaan vaksin yang telah melalui ujian klinikal fasa tiga peringkat akhir berskala besar, langkah yang perlu dilakukan sebelum mendapat kelulusan peraturan untuk dijual.

Pada hari Sabtu lalu, IMBCAMS telah memulakan fasa kedua ujian ke atas manusia – yang merupakan antara enam percubaan vaksin yang diuji oleh saintis China pada manusia.

Langkah itu diikuti dengan kajian fasa satu yang sedang merekrut kira-kira 200 peserta sejak Mei lalu, katanya.

Fasa kedua percubaan bertujuan menentukan dos suntikan dan menilai sama ada potensi vaksin adalah selamat untuk bertindak balas terhadap imun pada individu yang sihat.

IMBCAMS memaklumkan pihaknya akan menggunakan kilang yang dikhaskan untuk menghasilkan vaksin koronavirus tahun ini untuk siap sedia bekalan untuk China pada masa depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast