Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak saman kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah RM194 juta yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, permohonan rayuan tersebut akan dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

“Permohonan rayuan terhadap empat entiti iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Wanita MCA, Binsabi Sdn. Bhd. dan Perano Sdn. Bhd. tersebut akan difailkan oleh pihak pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara.

“Tempoh rayuan yang diberikan adalah dua minggu daripada tarikh keputusan mahkamah,” katanya.

Empat hari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekali lagi menolak permohonan pendakwaan bagi cubaan menangguhkan keputusan yang sebelum ini menolak saman melucut hak wang RM194 juta terhadap UMNO dan Wanita MCA.

Wang itu disita oleh SPRM  tahun lalu kerana didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ada terkait dengan skandal 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah kedua-dua pihak selama hampir dua jam dengan menyatakan pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan keseluruhan wang yang cuba dilucut hak itu sebenarnya telah diberikan oleh Najib.

Katanya, tidak adil untuk membekukan wang tersebut untuk sekian lama seandainya bukti pendakwaan tidak menyokong dana tersebut adalah daripada penyelewengan 1MDB.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

UMNO, MCA dapat semula RM194 juta yang dikaitkan 1MDB

2 Komen

  1. Patut minta tolong dengan Uncle Eng dia akan tulis Surat arahkan kes itu terus dibekukan sehingga dia berkuasa semula Dan UMNO dan MCA akan melutut dengannya untuk dilepaskan Uncle Eng pasti “masih berbisa” lagi untuk menentukan sesuatu pendakwaan nak “lebih terjamin” minta arahan Hatok Der pasti menjadi keputusan kebal, tapi bila dibuka semula kes dan tanya Hatok Der dia akan kencing dengan ayat “saya tidak tahu” “saya tidak dimaklumkan” “saya keliru” Dan “kalau saya pakai rambut bulu kambing” saya tahulah keputusan perkara itu. Siapa tidak percaya dengan kencing dan penipuan Hatok Der maknanya terlalu bodohlah Manusia itu. Banyak rekod belit dan penipuan beliau sila rujuk library Google.

  2. Semua ini sandiwara saja, kalau AG tak buat rayuan nnti org cakap AG pro PN, nnti kes ini akan drag and drag hingga lah org sudah lupa dan PN berkuasa dgn majoriti lebih besar, mungkin lepas PRU15, dan PH akan turuti segala apa yg diminta oleh PN…iaitu PH diam2 saja dan pergi main jauh2……orang melayu sedang perintah negara, org bukan melayu duduk diam2 saja….bising2 nnti kalu hantar balik tongsan atau kerala…..

Comments are closed.