Foto Twitter Zaquan Adha.

KUALA LUMPUR – Penyerang Kedah, Zaquan Adha Abdul Radzak menimbul spekulasi apabila dia memuat naik gambar bersama sebuah kereta Porsche yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Ini kerana dia hanya menulis kenyataan ringkas bersama gambar berkenaan yang menimbulkan persoalan di fikiran peminat adakah Porsche jenis GT3 RS itu hadiah hari bapa buat Zaquan.

“Terima kasih atas hadiah ini. Hadiah hari bapa,” kata Zaquan beserta gambar bersama keluarganya di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah ia hadiah hari bapa yang disambut semalam atau sebenarnya ada hadiah lain yang dimaksudkan oleh pemain berusia 33 tahun dalam perkongsian itu.

Zaquan telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ayu Raudah yang adik kepada dramatis popular, Rozita Che Wan pada 21 Januari 2011 dan mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata. – MalaysiaGazette