Mohd Kassim
Mohd Kassim masih meratapi pemergian anaknya yang terbunuh dalam kejadian rusuhan kuil dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Walaupun Tommy Thomas sudah meletakkan jawatan namun keluarga Allahyarham Muhammad Adib Kassim masih berpeluang untuk meneruskan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara itu.

Hal itu dinyatakan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud sambil menambah, perbuatan Tommy itu merupakan kesalahan bersifat separuh jenayah dan prosiding komital terhadapnya tidak akan luput.

“Mereka boleh meneruskan prosiding itu, tidak ada masalah. Kesalahan dilakukan Tommy tidak akan gugur walaupun dia tidak lagi memegang jawatan Peguam Negara.

“Sesiapa sahaja Peguam Negara walaupun sudah meletakkan jawatan, komital tetap berlaku sebab ia separuh jenayah. Tinggal lagi mahkamah yang akan membuat keputusan,” katanya sebagaimana dilaporkan Harakahdaily hari ini.

Wan Rohimi Wan Daud

Pada 16 Julai tahun lalu, Mohd Kassim Abdul Hamid, bapa Allahyarham Muhammad Adib telah memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Tommy yang ketika itu merupakan Peguam Negara.

Tommy dituduh telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara pada 3 April 2019.

Pada 27 Ogos 2019, Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan membenarkan prosiding komital itu didengar sebelum Tommy memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 25 November 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan permohonan rayuan Tommy untuk membatalkan prosiding komital terhadap dirinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Nyawa orang tersayang ni bukanlah suatu benda yang boleh dibuat main2!

    Nyawa juga bukan beharga RM18,000 dan penjara 5 tahun!

    Salam simpati kepada keluarga Allahyarham Abib dan keluarga mangsa yang dilanggar oleh pemandu yang memandu melawan arus!

  2. Kes ini bukan kemalangan jalanraya kes ini adalah seorang pegawai bomba dibunuh semasa bertugas memadamkan kebakaran dikuil oleh penganut agama kuil itu.

Comments are closed.