Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cadangan Menteri Dalam Negeri untuk majikan ambil pekerja dalam kalangan pendatang tanpa izin (PATI) dari Depoh Tahanan Imigresen adalah idea yang tidak pratikal kerana akan bertambah lagi bilangan penyeludupan golongan itu untuk memasuki negara ini.

Ini kerana, para majikan pastinya memburu PATI melalui agen-agen haram untuk bekerja dengan mereka memandangkan PATI akan diberi kelulusan permit yang sah sekiranya ditangkap.

Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) berkata, cadangan berkenaan akan menggalakan lagi kemasukan warga asing secara lawatan sosial dari Bangladesh, India, China dan Indonesia.

Artikel berkaitan:PKBM sokong cadangan PATI diambil bekerja

PATI: NGO perlu turun padang, kerjasama dengan NTF

“Selepas pas lawatan sosial mereka tamat, maka mereka akan berstatus PATI. Mereka tidak perlu bimbang lagi sekiranya ditangkap oleh pihak penguatkuasa kerana pas lawatan kerja bakal menanti mereka.

“Apabila ini berlaku masalah PATI tidak akan selesai sehingga dunia ini kiamat,” kata Presidennya, Che Hassan Che Johan.

Beliau turut mempersoalkan adakah kerajaan telah mengambil kira lubang lubang tikus dan laluan ikan jerung yang selama ini menjadi laluan membawa PATI masuk ke negara ini sudah disekat agar tidak lagi mudah dibolosi oleh sindiket memperdagangkan manusia.

Lantaran itu, katanya, PATI wajib dihantar balik dan Kementerian Dalam Negeri perlu mewajibkan syarat bagi kelulusan baharu pekerja asing kepada setiap majikan.

Pada masa yang sama kerajaan perlu mempersiapkan penguatkuasaan negara dengan lebih teratur melalui pelantikan anggota-anggota penguatkuasa yang berintegriti tinggi agar sempadan dan pintu masuk negara dilindungi.

”Apa yang kita ketahui sekarang ini, harapkan pegar, pegar makan padi,” katanya yang turut mencadangkan agar akta hukuman pemerdagangan manusia dikenakan hukuman lebih berat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Btul apa yg di katakn olh che hassan, pati haram kan masuk ngra lg..itu yg dpt selesaikn mslh..bkn pati di ambil bekerja..tak plu ada imegresem lh tak plu ada pguakusaan lh..so pguakuasaan slma ibi sia2 je..buang masalh lh..so mlysia n mntri kena tegas n bersungguh2 benteras pati..bukan hagat2 tahi ayam je..undang2 kena kuat n hukuman yg blh mgerumkn pati n dalang nya skali..

  2. Jangan terlalu mengharap pekerja asing. Guna automasi dan mesin sebanyak yang boleh.

  3. Kenapa kita perlu berlembut dan beri muka pada PATI dan PENDATANG HARAM MYKAD PALSU?

Comments are closed.