(Picture for representational purposes only) Foreign construction workers queuing up for their Covid-19 screening following the outbreak at Jalan Batai, Bukit Damansara. PIX: AFIQ RAZALI / MalaysiaGazette / 09 MAY 2020 foreign workers intake Ministry of Human Resources
Pekeliling kononnya kerajaan dalam proses menamatkan khidmat pautan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan untuk tujuan pemprosesan dan pengurusan pekerja asing ke Malaysia adalah palsu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menyokong cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di depoh tahanan diambil bekerja oleh majikan di negara ini.

Presiden PKBM, Datuk Azman Yusoff berkata, ia bertepatan dengan situasi semasa terutama bagi sektor pembinaan yang sehingga kini masih memerlukan jumlah tenaga kerja asing yang tinggi.

“Ketika sekatan kemasukan pekerja asing ke negara ini masih diteruskan kerajaan sehingga kini, banyak syarikat dan kontraktor pembinaan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerja sekaligus mengakibatkan syarikat berdepan permintaan untuk kenaikan kadar upah dari pekerja sedia ada.

“Akhirnya, syarikat terpaksa menanggung kos upah tinggi ditambah pula dengan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19 sebelum ini apabila ramai kontraktor kini berdepan masalah kewangan yang meruncing dan membimbangkan.

“PKPB percaya, dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dilaksana oleh majikan dan pemantauan berterusan pihak berkuasa, PATI ini boleh dikawal pergerakannya terutama selepas dokumentasi diri mereka direkodkan dan dimasukkan dalam pangkalan data kerajaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Azman, pihaknya juga yakin Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga boleh memainkan peranan penting menerusi penyediaan prasarana di pusat Penempatan Pekerja Berpusat (CLQ) milik Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB), yang memudahkan PATI berkenaan dipantau rapi.

Justeru katanya, PKBM memerlukan lebih 1,000 pekerja ketika ini untuk mengisi kekosongan pekerja tanpa menidakkan hak pekerja tempatan.

Sehubungan itu beliau menyatakan keyakinan dengan perancangan strategik yang kemas dan tersusun dibuat mulai sekarang, Malaysia boleh untuk tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pekerja warga asing dalam tempoh dua tahun.

“Ini menerusi usaha pengupayaan penggunaan sistem binaan berindustri (IBS) yang sudah pun mula dilaksana dan mendapat tempat dalam industri pembinaan ketika ini.

“Sistem binaan Industri adalah sistem terbaik yang dapat mengurangkan kebergantungan majikan kepada pekerja asing dan PKBM menyokong sebarang usaha kerajaan untuk meningkatkan penggunaan sistem IBS bagi semua sektor pembinaan di negara ini,” tegas beliau.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Tahi jubor ko..org tak nk kebergantungan kpd pkerja asing ko nk ambik pula..bodoh ko ni…kami harap kerjaan hntar blik n haram kn pati drpd dtg mlysia lg…kami nasihat kpd majikn tak pyh nk hncurkan ngra n kejar kn utung semata2 demi wang, sggup ko bg pati msuk n kerja sini..rkyt sndiri jadi anjing kurat di ngra sendiri..fikir2 ya…tak buat masa ni ngra tidak perlukan pati or warga ading bkerja..utmakn rakyat tempatan..jgn jadi sperti anak mati kelaparan, kena di hutan di susukn ya…

  2. Mereka (PATI) ni kan kena tangkap pasal melanggar undang2 immigration. Ingat2 kalau ambik dia org ni 100% dia tak akan langgar undang2 lagi ke..gunakanlah pengalaman, jgn lah jadi bodoh sampai mati !

  3. 100% tidak setuju ambil pati dr depo tahanan imm utk bekerja.

    Penat penguatkuas bekerja untuk membenteras mereka tapi nak dilepaskan untuk kepentingan sapa2.

    Hantar balik ke negara Asal, sapa2 yg ingin bekerja di Malaysia mohon melalui prosedur yang sah.

    Berapa byk kali diberi Kelonggaran bkn nya berkurangan tp bertambah. Salah guna kuasa pun meningkat. Remember OPS NYAH ; OPS NYAH 1 ; OPS NYAH 2 dll klu ada. Sekarang OPS BENTENG…

    Yang hairan Undang Immigresen telah diperkasakan… jarang dengar TAUKE (MAJIKAN) or TAIKONG dihadapkan ke mahkamah.

    FISH START TO ROT FROM THE HEAD.

Comments are closed.