Pansar Bhd.

KUALA LUMPUR- Anak syarikat milik penuh Pansar Bhd., Pansar Company Sdn. Bhd. menerima dua surat pelantikan berhubung projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dengan nilai keseluruhan kontrak RM72.06 juta.

Menurut Pansar, salah satu surat lantikan tersebut dikeluarkan oleh Dermaga Makmur Sdn. Bhd. bagi bekalan dan penghantaran penghalang trafik dari Jambatan Sg. Kua ke Jambatan Sg. Arip (projek pertama) manakala sepucuk surat lagi dikeluarkan oleh Hart Builders Sdn. Bhd.

Surat lantikan kedua adalah untuk pembekalan dan penghantaran penghalang trafik dari Simpang Pant uke Batang Skrang (projek kedua).

Katanya, tempoh kontrak bagi projek pertama adalah 21 bulan manakala kerja penghantaran dijangka bermula Julai ini.

Bagi projek kedua pula, tempoh kontrak adalah selama 18 bulan dengan kerja-kerja penghantaran dijangka bermula September depan.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, David Tai Wei, projek-projek terbaharu itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast