PRK CHINI : MENANG atau KALAH.. Saya Berjanji Akan Beri Mesin ‘Dialisis’ – Tengku Zainul

Mendengar rungutan pesakit buah pinggang yang berkata mereka menghadapi kesukaran untuk menjalani proses pembersihan darah kerana tiada mesin dialisis disini, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin berjanji akan memperuntukkan satu mesin itu kepada pengundi Chini.

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini itu berkata rungutan demi rungutan disampaikan kepadanya tentang masalah pesakit buah pinggang yang terpaksa ke Pekan mahupun Muadzam bagi menjalani proses dialisis.