Ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha ini dilakukan dengan SOP yang ketat, termasuk lokasi yang dibenarkan sahaja.

KUALA LUMPUR – Ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha ini boleh dilakukan di lokasi lain, sekiranya tiga tempat yang dibenarkan kerajaan tidak sesuai.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mereka perlu memohon kebenaran itu dengan Pejabat Agama Daerah terlebih dahulu sebelum berpindah tempat.

“Kita faham keadaan surau di kampung. Biasanya sempit, kecil dan tidak sesuai untuk melakukan ibadah korban. Tambahan pula, mereka terpaksa bergilir.

“Sebagai kelonggaran, kita membenarkan mereka memilih lokasi sesuai asalkan mendapatkan kebenaran dengan pihak berkuasa agama negeri dan daerah terlebih dahulu,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri Yaakob

Ismail Sabri juga mengumumkan hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, yang turut membenarkan beberapa lagi aktiviti perniagaan beroperasi seperti Spa, Wellness dan pusat urut kaki.

Namun, katanya, hanya pekerja tempatan dibenarkan bekerja, dengan setiap mereka perlu menjalani saringan Covid-19 dan mematuhi SOP seperti pendaftaran, pemeriksaan suhu badan, pemakaian pelitup muka serta penyediaan cecair pencuci tangan.

“Hampir 3,000 ahli persatuan orang buta yang terlibat dengan pekerjaan urut kaki ini terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan sepanjang PKP.

“Kita mengikuti rapat situasi ini, dan memandangkan draf penularan semakin mendatar, atas nasihat Kementerian Kesihatan, kita bersetuju benarkan mereka beroperasi.

Sementara itu, beliau mengucapkan penghargaan kerajaan atas kerjasama dan sokongan rakyat Malaysia dalam sama-sama membantu mengekang penularan wabak Covid-19.

Kata beliau, semalam genap 100 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta semua barisan hadapan berjaya menurunkan kes ke satu angka.

“Alhamdulillah, dengan kerjasama dan sokongan rakyat semua, kita telah sama-sama berjaya melandaikan lingkung Covid-19 ke satu angka.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh leka dan perlu pastikan normal baru diamalkan sepanjang masa,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Orang india bila dia nampak lembu sedang diikat sebelum disembelih akan mula meroyan sebab yg nak kena sembelih tu adalah tuhan mereka. Betapa hebatnya haiwan lembu atau pun monyet sekali pun diangkat sbg tuhan, jadi di mana kedudukan manusia? Mmg amat wajar Dr Zakir Naik berjihad utk memberi ceramah dan membasuh minda puak2 paria yg bertuhankan lembu ini agar insaf dan kembali ke jalan Allah SWT.

Comments are closed.