SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rasuah berasingan.

Dalam kes pertama, Bahagian Operasi Khas (BOK) sedang mengesan Sabana Maraleh, 43, yang mempunyai dua alamat terakhir di Kampung Sisipan, Peti Surat 580, 91308, Semporna, Sabah dan Rumah Kediaman Kampung Taman Hatib, Lot 21, Peti Surat 254, 91308, Semporna Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau e-mel ke alamat [email protected].

Sementara itu dalam kes kedua, SPRM Johor sedang mengesan Md Jaharul Islam, 32, seorang lelaki warga negara Bangladesh yang mempunyai alamat terakhir di rumah kongsi berdepan Kemayan City Jalan Besar, Skudai Johor Bahru, Johor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Rawiah Kunji Mohamad di talian 012-750 2658 / 07-231 6067 ataupun e-mel kepada [email protected].

Dalam kes ketiga pula, SPRM Perak sedang mencari dua lelaki iaitu Allan Ngok Heng Loon, 38, dan Ng Peng Chai, 51.

Allan Ngok Heng Loon mempunyai alamat terakhir di No. 87, Taman Singa Baru, 32000, Sitiawan, Perak manakala Ng Peng Chai di No. 539, Kampung Baru, Kampung Timah, 31800, Tanjong Tualang, Perak

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohd Dhiyauddin Nor Azminuddin di talian 016-2382390 / 05-5267000 sambungan 131 ataupun e-mel kepada [email protected]. – MAlaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast