Omicron Malaysia South African student South Africa Delta variant of concern VOC (Picture for representational purposes only) Healthcare worker Nik Zulia Asma Mohd Zaki conducting tests on the samples obtained during Covid-19 screening at the Kuala Lumpur Hospital. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 21 MAY 2020. Delta variant of concern VOC Adham Baba infection rate viral load
(Picture for representational purposes only) Healthcare worker Nik Zulia Asma Mohd Zaki conducting tests on the samples obtained during Covid-19 screening at the Kuala Lumpur Hospital. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 21 MAY 2020.

PUTRAJAYA – Pesakit Covid-19 yang telah sembuh sepenuhnya dan didiscaj harus melalui rawatan susulan setiap tiga bulan kerana sehingga kini tiada sebarang bukti yang membuktikan kehadiran antibodi dalam badan mereka boleh berperanan sebagai pasport imuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini Kementerian Kesihatan sedang mengendalikan kajian jangka pendek dan panjang terhadap para pesakit sembuh Covid-19 yang telah didiscaj dan pulang ke rumah.

Katanya, terdapat lima kategori pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan didiscaj iaitu kategori bergejala, tak bergejala, mempunyai radang paru-paru tetapi tidak memerlukan oksigen, memerlukan oksigen dan satu kategori lagi memerlukan bantuan pernafasan.

“Kita nak tahu bahawa bekas pesakit Covid19 ada kerosakan paru-paru atau sebaliknya kemudian kita akan memberi rawatan susulan setiap tiga bulan untuk menentukan sama ada terdapat perubahan pada paru-paru mereka menerusi pengimbasan.

“Malah rawatan susulan setiap tiga bulan itu akan mengkaji kehadiran tahap antibodi dalam badan seseorang pesakit yang sudah didiscaj selepas sembuh Covid-19.

“Jika lihat kajian lain bukan kajian kita, dimaklumkan bahawa antibodi itu mungkin tidak boleh tahan lama iaitu selepas lapan minggu ia akan semakin berkurangan daripada badan seseorang individu itu,” katanya dalam sidang media khas jangkitan semasa Covid-19 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dr. Noor Hisham turut merujuk kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia bahawa individu atau pesakit yang telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 tidak semestinya mempunyai imunisasi atau daya ketahanan tinggi selain tidak boleh dijangkiti semula.

Ini kerana katanya, antibodi yang terbina dalam badan bekas pesakit itu tidak cukup untuk mempertahankan diri dari jangkitan kedua dan ketiga dan ia tidak semestinya menjadi pasport imuniti yang membawa maksud anda tidak boleh dijangkiti dan kebal dari jangkitan.

“Ini membawa makna tiada pasport imuniti untuk mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan kumuniti di negara kita.

“Lagipun setelah seseorang pesakit Covid-19 yang sembuh semasa didiscaj akan diberi sesi kaunseling dan garis panduan menjaga kebersihan dan kesihatan diri untuk mengelak dijanhgkiti semula virus berkenaan,” ujar beliau.

WHO turut memberi amaran terhadap kerajaan di serata dunia yang sedang mempertimbangkan untuk memberikan pasport imuniti berkenaan kepada pesakit mereka yang sudah sembuh.

Noor Hisham juga menjelaskan respon kajian di China yang tidak mengikuti arahan WHO juga menunjukkan hanya 13 peratus bekas pesakit yang ada imuniti tersebut dan ada juga kajian menunjukkan dalam tiga bulan antobodi IgG (D-1) pun berkurangan.

“Oleh demikian penting sekarang adalah kajian setiap tiga bulan ditekankan terhadap bekas pesakit dan memantau antibodi mereka.

“Pengalaman kita atau dunia mungkin tempoh enam bulan atau setahun dua nanti apa akan berlaku nanti terus diberi perhatian serius iaitu memantau kesan samping paru-paru dan ketahanan antobidi imuniti badan seseorang individu itu,” tegasnya.-MalaysiaGazette