Kawanan belalang menyerang kawasan pinggir bandar Gurgaon, dekat New Delhi. foto Agensi

NEW DELHI – Sekumpulan belalang menyerang kawasan pinggir bandar besar ibu kota India di sini.

Ini merupakan kejadian kali pertama berlaku di bandar Gurgaon (Gurugram).

Rakaman di media sosial menunjukkan puluhan ribu serangga itu terbang di atas bangunan dan mendarat di atas bumbung.

India menyaksikan serangan belalang terburuk dalam beberapa dekad.

Kawanan, yang berasal dari Semenanjung Afrika telah memusnahkan tanaman di beberapa negeri.

Susulan serangan itu, Menteri Alam Sekitar India, Gopal Rai meminta semua pihak berwaspada.

Penduduk di Gurgaon diarahkan supaya membuat bunyi bising menggunakan periuk dan kuali atau tong dram untuk menghalau belalang tersebut.

Juruterbang yang terbang masuk dan keluar dari lapangan terbang antarabangsa Delhi, yang bersempadan dengan Gurgaon, diminta berhati-hati, menurut agensi berita ANI.

Kementerian Pertanian memaklumkan kawanan itu kini menuju ke kota Palwal, di selatan New Delhi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast