Gambar hiasan

BEIJING – China telah mengambil 20 pelatih seni mempertahankan diri ke Tibet untuk melatih pasukan keselamatannya.

Beijing tidak mendedahkan keputusan yang dibuat itu tetapi kenyataan tersebut muncul selepas sekurang-kurangnya 20 askar India mati dalam pertempuran di sempadan China baru-baru ini.

Berdasarkan perjanjian sejak 1996, kedua-dua pihak tidak boleh membawa senjata atau bahan letupan di kawasan itu.

China setakat ini belum mengeluarkan sebarang maklumat jumlah tenteranya yang terkorban dalam pertempuran baru-baru ini.

Selain 20 askar yang terkorban, sebanyak 76 orang tentera India mengalami kecederaan.

Berita mengenai pelatih seni mempertahankan diri itu tersebar selepas ia dilaporkan berita rasmi China pada 20 Jun lalu, menurut media Hong Kong.

CCTV mengatakan 20 pakar mempertahankan diri dari Enbo Fight Club akan berpusat di Tibet, Lhasa, walaupun media China belum mengesahkan mereka akan melatih pasukan tentera di sempadan India.

China dan India – memiliki kekuatan nuklear – telah bertempur di lembah sungai Galwan di Ladakhon pada 15 Jun lalu.

Kawasan ini mengalami iklim yang sukar dan terletak di tanah tinggi, dekat dengan Aksai Chin, kawasan yang dipertikaikan yang dituntut oleh India tetapi dikawal oleh China.

Kematian akibat pertempuran itu adalah kali pertama berlaku dalam tempoh hampir setengah abad.

Walau bagaimanapun, ketegangan lama antara India dan China berhubung Garis Kawalan Sebenar (LAC), sempadan yang kurang jelas antara dua kuasa bersenjata nuklear itu telah meningkat lagi dalam beberapa minggu menjelang kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast