David Luiz.

LONDON – Pemain pertahanan Brazil, David Luiz dipercayai semakin hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak untuk setahun lagi bersama Arsenal.

Menurut laporan berita Sky Sports, kontrak pemain berusia 33 tahun sepatutnya tamat pada hujung bulan ini namun pengurus Arsenal, Mikel Arteta bersungguh-sungguh mendesak pengurusan kelab untuk segera menyambung kontrak pemain tersebut.

Ketika ini, kebanyakan pihak menjangkakan karier pemain Brazil bersama dengan The Gunners sudah berakhir terutamanya selepas aksi bertemu Manchester City baru-baru ini.

Apa pun, perkembangan terkini itu tentunya tidak menyenangkan penyokong setia kelab utara London itu yang mahukan pemain baharu yang lebih baik untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan.

Namun faktor kecederaan beberapa pemain pertahanan lain termasuk Pablo Mari dan Calum Chambers mungkin membuatkan Arteta terdesak untuk memastikan dia memiliki pemain yang cukup untuk musim depan.

Malah pengendali warga Sepanyol itu juga telah menggesa pihak kelab membuat pembelian tetap dua pemain yang sedang dipinjamkan iaitu Pablo Mari dan Cedric Soares. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast