Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Bukit Mahkota Bangi, Azmi Othman bercakap pada sidang media menyatakan sokongan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad turut bersama ahli-ahli Bersatu Bukit Mahkota Bangi di Restoran Nasi Kandar Original Haji Tapah, Bukit Mahkota Bangi, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 28 JUN 2020

BANGI – Sembilan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bukit Makhota dan Bandar Seri Putera hari ini menyifatkan cadangan pelantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua adalah tindakan yang tepat pada masanya.

Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putera, Azmi Othman berkata, lagipun tidak salah untuk Dr Mahathir mencalonkan anak beliau.

“Kalau nak dikira syor untuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri saya rasa tiba waktunya sebab bila-bila masa Tun boleh mengundurkan diri, memang dari awal pun beliau kata beliau mahu undur diri.

“Jadi pada saya tidak salah untuk meletakkan Datuk Mukhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita.

Azmi dan lapan ahli Bersatu Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra juga menyokong cadangan Dr Mahathir mencalonkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

Katanya, cadangan itu akan dapat menyelesaikan jurang di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kami akan menurut apa sahaja syor Tun Dr Mahathir Mohamad yang kami kira terbaik.

“Daripada awal kami memasuki Bersatu kerana perjuangan Tun pada pandangan kami syor melantik Shafie adalah yang terbaik kerana ia akan merapatkan lagi jurang di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung,” tambahnya.

Menegaskan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, Azmi juga menyeru pemimpin di Sabah dan Sarawak  bijak membuat keputusan dengan menyokong Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan).

Seramai sembilan ahli Bersatu Bukit Mahkota Bangi menyatakan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di Restoran Nasi Kandar Original Haji Tapah, Bukit Mahkota Bangi, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 28 JUN 2020

“Kepada pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak kami menyeru mereka menjadi lebih cerdik dengan memberikan sokongan kepada Shafie demi perpaduan Malaysia dan Borneo,” ujarnya.

Semalam, Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau bersama Parti Amanah Negara, Warisan dan DAP mencalonkan Shafie sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Kata beliau, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M. Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah dekat sini dua hari lalu.

Dalam pada itu, semua sembilan ahli Bersatu yang hadir hari ini mengecam tindakan memecat Dr Mahathir daripada Bersatu dan menggesa Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membelakangkan bekas Perdana Menteri ketujuh itu.

Mereka juga mendakwa Muhyiddin telah membeli sokongan terhadapnya dengan menawarkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Ingat Sapi Bebal saja ya g bebal. Kumpulan Bersatu yang sokong Madey ni lagi lah bebal. ANWAR yang patut jadi PM kenapa nak sdpi jadi PM pulak. Sapi tu lagi kuat rasiah dan klepetokrasi. Sebab tu Madeh nak dia supsya bila hiba masa Msdey akan ambil alih jadi PM. dankemudian lantik anaak dia gsnti jadi PM bila dia berundur. Bodohnys.

  2. Shafie PM, Boboy TPM I, Non TPM II.

    Atok kena buat surat perjanjian betul2, takut2 nanti belakang kena kencing @uturn pula dengan Shafie.

  3. Tunai janji sebagai orang Islam. Jangan aniaya orang. DS Shafei Afdal boleh dilantik sebagai PM Dan DS Anwar sebagai PM. PH runtuh kerana sikap yang tidak tegas dan serius terhadap janji. Dalang dan dajal dapat ambil kesempatan.

  4. Memang tak salah. Siapa kata salah. Tapi soalnya. Rakyat Malaysia seluruhnya tidak mahu PM2 atau Mukhriz dan tidak mahu Shapie Bedal jadi PM larrr kayu….

  5. 2 kali jadi MB pun tak lepas, ada hati hendak jadi calon TPM. Banyak lagi kena belajar tu. Jadilah menteri pelancongan ke atau menteri komunikasi ke dulu. Boleh pergi selalu oberC atau pasang fiber, seronok bertambah kaya

Comments are closed.