Datuk Moehamad Izat Emir

KUALA LUMPUR – Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA) yakin kerajaan sentiasa peka terhadap isu moratorium yang dijangka berakhir September ini.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, walaupun kerajaan menyerahkan hal itu kepada pihak institusi perbankan untuk membuat keputusan sama ada menyambung atau tidak, DPIA berharap sebarang keputusan harus mementingkan rakyat.

“DPIA yakin kerajaan senantiasa peka terhadap rakyat yang terjejas akibat pasca pandemik Covid-19 ini.

“Kini ada masa untuk rakyat mula bangkit memulihkan ekonomi masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Moehamad Izat mengulas perkara itu selepas kerajaan menyatakan akan menyerahkan perkara itu kepada institusi perbankan untuk membuat keputusan selanjutnya baru-baru ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian moratorium secara automatik yang diumumkan Bank Negara pada 1 April lalu merupakan inisiatif pihak bank dalam membantu pelanggan mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Kementerian Kewangan juga mendapat banyak permintaan agar tempoh enam bulan moratorium itu dapat dilanjutkan khususnya dalam kalangan mereka yang masih memerlukan tempoh masa bagi membayar balik pinjaman.

Moehamad Izat yakin kerajaan akan memahami setiap masalah yang dihadapi terutamanya golongan sasar yang masih mengharapkan bantuan.

“DPIA berharap pihak perbankan dapat mempertimbangkan masalah yang dihadapi golongan yang terjejas.

“Golongan ini baru nak ‘bernafas’ dalam perniagaan selepas Covid19 jadi diharap pihak bank sama-sama memberi ruang kepada mereka,” jelasnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Moratorium: Terserah kepada bank

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast