KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat Covid-19 dilaporkan melebihi 500,000 orang dengan lebih 10 juta kes dicatatkan di seluruh dunia.
Meskipun jumlah korban dilihat semakin mendatar dalam tempoh beberapa minggu lalu, pakar-pakar kesihatan tetap melahirkan kebimbangan terhadap jumlah kes baharu yang dilaporkan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan Brazil serta penularan baharu di beberapa bahagian Asia.
Mengikut pengiraan Reuters bersandarkan purata korban bermula 1 Jun hingga 27 Jun, lebih 4,700 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam akibat penyakit berkaitan Covid-19.- MalaysiaGazette