Scott Morrison

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, pembukaan semula sempadan negeri akan menyokong pertumbuhan sektor pekerjaan meskipun wabak koronavirus menular semula di negara tersebut.

Beberapa hari lalu South Australia dan Tasmania mengesahkan akan membuka semula sempadan negeri pada akhir Julai manakala Queensland dijangka mengumumkan langkah serupa lewat hari ini.

“Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh membuka semula sempadan negeri.

“Mereka patut meneruskan tindakan tersebut kerana (penutupan sempadan) akan memberi kesan kepada sektor pekerjaan di negeri-negeri berkenaan,” katanya semasa ditemubual oleh radio 2GB.

Australia sebelum ini dianggap berjaya dalam mengekang penularan wabak koronavirus dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 7,700 dengan 104 kematian dicatatkan.

Bagaimanapun, peningkatan jangkitan dikesan di Victoria baru-baru ini mengancam pelan kerajaan untuk menarik balik sekatan penjarakan sosial negara pada akhir Julai.

Sempadan Victoria dikongsi bersama New South Wales dan South Australia yang telah dibuka menyebabkan berlakunya kebimbangan terhadap penularan wabak tersebut terutamanya semasa cuti sekolah musim sejuk tidak lama lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast