Vietjet menggunakan 11 orang juruterbang warga Pakistan., Gambar hiasan

HANOI – Pihak berkuasa penerbangan Vietnam (CAAV) menggantung semua juruterbang warga Pakistan yang bekerja dengan syarikat penerbangan tempatan selepas pengawal selia global bimbang mereka menggunakan lesen yang meragukan.

Minggu lalu Pakistan menggantung 262 juruterbang syarikat penerbangan selepas mengesyaki pemalsuan lesen setelah badan penerbangan antarabangsa mendakwa berlaku penyelewengan dalam lesen juruterbang Pakistan International Airlines.

Dakwaan itu dipandang serius dalam aspek keselamatan.

“CAAV telah menggantung semua juruterbang Pakistan daripada bekerja dengan syarikat penerbangan tempatan.

“Penggantungan itu akan dikuatkuasakan sehingga notis selanjutnya dikeluarkan CAAV,” katanya sambil memaklumkan pihak berkuasa akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Pakistan untuk menyemak profail juruterbang.

Vietnam telah memberi lesen kepada 27 juruterbang Pakistan, yang mana 12 orang daripada mereka masih aktif dan 15 kontrak juruterbang lagi telah tamat tempoh atau tidak aktif disebabkan pandemik Covid-19.

Daripada 12 juruterbang yang aktif itu, 11 bekerja dengan Vietjet dan seorang lagi dengan Jetstar Pacific, anak syarikat Vietnam Airlines.

Syarikat penerbangan Vietnam kini mempunyai 1,200 orang juruterbang dengan separuh daripada mereka adalah warga asing. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tajuk tu bole letak spesifik sikit kot, jgn biaq tergantung. Org yg baca mesti ingat gantung sampai mati… Keja apa pun biaq ada intergriti

Comments are closed.