Azhar Azizan Harun

CHINI – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dipercayai tidak akan hadir semasa pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada hari Ahad ini.

Malah sumber-sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Azhar juga tidak akan menghadirkan diri untuk mana-mana program suruhanjaya itu lagi.

Ini kerana beliau telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi SPR semalam.

Ketiadaan beliau pagi ini ketika proses undi awal yang sedang berlangsung di Balai Polis Chini mengukuhkan lagi kenyataan sumber tersebut.

Setakat berita ini ditulis, MalaysiaGazette dimaklumkan peletakan jawatannya masih belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel berkaitan: Usul tukar Speaker tidak bercanggah dengan doktrin pemisahan kuasa

Usul singkir Speaker elak undi tidak percaya PM – Vui Keong

Usul tukar Speaker, undi tidak percaya dan percaya pada 13 Julai

Azhar disebut-sebut akan menggantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Baru-baru ini, Sinchew Daily melaporkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung pada 13 Julai ini dijangka dramatik kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengusulkan Speaker dan Timbalan Speaker yang baharu untuk menggantikan Mohamad Ariff dan Nga Kor Ming.

Bagaimanapun perubahan itu tidak melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Thank God this guy is gone. He is a one-sided man. I have noticed that in Cameron Highlands, Tg. Piai and other places. We need officers who can be just and uphold fairness and justice. I am waiting for the IGP to go also. May God save Malaysia from evil leaders who intend to destroy the country. The Rakyat is tired of too much politicking. People are worried about their jobs, salary cut, children, business and survival. Hope Mahathir, Anwar, Wan Azizah, Kit Siang, Guan Eng, Khalid Samad and all other non-productive politicians in PH should just disappear in thin air.

  2. Dicadang untuk speake?? Tapis tapis tapis… jadikan timbalan mungkin boleh untuk understudy dan belajar sivik dahulu. Tapis tapis tapis tapis

  3. kerja PM, biarlah dia wat keje dia.. bukan kita org yg nak masuk dewan pun.. tunggujelah drama tahun ni 13 julai. Mana tau ada geng2 yg betul2 nak kena kn orang tua tu on the day itself.. The best demoralise method is isolation, bayangkn seseorang kingmaker tiba2 jadi not relevan.. biol jadinya, silap2 boleh meninggal.. (meninggalkn bidang)..

  4. Boleh percaya ke dia nih… Teringat gamba dia rapat2 bersama siti kasim sedondon biru. Tangan siti kat bahu mamat nih….

  5. This guy should have gone on the day one of the new government(PN). In my opinion, he has over-stayed his period of welcome. The next person who should go is the present IGP. (who was brought in by Mahathir). The right person for the IGP post will be Datuk Ayub Khan. I know that is not possible because many are there waiting in the pipeline. Datuk Ayub deserved to be promoted because of his qualification (Masters degree), speaks English well and for his research works on terrorism. I hope someone can convey this message to TSM.

Comments are closed.