Isham Jalil
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Cadangan melantik Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu disifatkan sebagai janggal.

Ini kerana, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu adalah penyokong tegar Pakatan Harapan (PH).

“Saya baru mendapat maklum mengenai cadangan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hendak melantik Azhar sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Jika khabar angin itu benar, ia adalah suatu cadangan yang agak janggal kerana Pengerusi SPR itu adalah lantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu,” kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil, dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, MalaysiaGazette melaporkan, Azhar dipercayai tidak akan hadir ketika pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini Ahad ini.

Malah, sumber SPR memaklumkan, Azhar juga tidak akan hadir untuk mana-mana program suruhanjaya itu lagi.

Ini kerana, beliau dikatakan telah melepaskan jawatan Pengerusi SPR semalam.

Isham percaya sebab kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin hendak melantik Azhar kerana Kerajaan PN pimpinannya memerlukan sebahagian undian dari blok pembangkang pada persidangan Parlimen 13 Julai ini.

”Ini untuk memastikan supaya kerajaan memenangi undian di Parlimen tersebut,” ujarnya.

Isham secara terbuka turut melontarkan pertanyaan kepada Muhyiddin adakah Perdana Menteri tidak yakin yang kerajaannya akan mendapat cukup undi di Parlimen sehingga perlu melantik Speaker condong pembangkang.

”Beliau berharap Muhyiddin dapat memberi pencerahan dengan ikhlas dan hati yang terbuka mengenai spekulasi itu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Azhar ni nampak lebih sesuai di SPRM dan bukan sebagai Speaker Dewan Rakyat!

    Speaker perlukan seseorang yang lebih Islamic latarbelakangnya.

Comments are closed.