Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas

KUALA LUMPUR- Sime Darby Plantation mengumumkan pelantikan Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas sebagai Pengerusi yang baharu berkuatkuasa 1 Julai ini.

Beliau akan menggantikan Tan Sri A. Ghani Othman yang meletakkan jawatan berkuatkuasa hari ini, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Megat Najmuddin, 75, bukanlah asing dalam dunia korporat tempatan.

Beliau memegang jawatan pengerusi dalam pelbagai syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan.- MalaysiaGazette